TEKS UCAPAN SETIAUSAHA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BAGI BEKAS PELAJAR SEKOLAH RAJA CHULAN – 2009
BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM.
YANG BERUSAHA SAUDARA PENGERUSI MAJLIS,
BARISAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS SAMBUTAN RAYA BAGI BEKAS PELAJAR SRC 2009 DAN
1- SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. ALHAMDULILLAH SYUKUR SAYA KE HADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAN IZINNYA MAKA MAJLIS YANG JULUNG-JULUNG KALINYA INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MERIAH. SAYA AMAT BERBESAR HATI KERANA RAKAN-RAKAN DARI YANG LEBIH SENIOR JUGA TELAH SUDI UNTUK MERAIKAN SERTA BERSAMA-SAMA KITA DI MAJLIS INI.
2- APABILA SAYA BERADA DI MAJLIS SEBEGINI NOSTALGIA LALU TERGAMBAR BALIK DIRUANGAN MINDA ……BAGAIMANA RAPATNYA HUBUNGAN ANTARA KITA BERSAMA RAKAN-RAKAN, TAMBAHAN PULA BAGI YANG TINGGAL DI ASRAMA PADA WAKTU ITU. PELBAGAI RAGAM DAN KENAKALAN SEHINGGAKAN WARDEN ASRAMA JUGA TENSION DAN TERLEWAT BERKAHWIN GARA-GARA SAKIT JIWA DENGAN PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA. SAYA MASIH INGAT DI WAKTU SAYA DULU IALAH WARDEN SHARIFAH DAN UNTUK ASRAMA PUTERANYA IALAH CIKGU AZAMI ….
3- PADA YANG DATANG MEMBAWA SPOUSE / PASANGAN ANGGAPLAH MAJLIS PERTEMUAN INI ADALAH BERTUJUAN MURNI DAN IKHLAS DALAM MEYAMBUNGKAN SILATULRAHIM DALAM KONTEKS KEKELUARGAAN …… DAN SAYA SEBAGAI SETIAUSAHA DAN MEWAKILI PENGERUSI JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN BEKAS PELAJAR TIDAK MAHU MENDENGAR PERTELINGKAHAN ATAU BERKECIL HATI ANTARA PASANGAN DISEBABKAN OLEH MAJLIS INI NANTI. SENTIASA BERLAPANG DADA DAN BERBAIK SANGKA DALAM SETIAP PEKERJAAN MAHUPUN PERBUATAN.
4- OBJEKTIF UTAMA MAJLIS INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH PERSATUAN BEKAS PELAJAR SRC. YANG MANA MENURUT YB DATO RAMLY ZAHARI ………. “ DAH BEBERAPA KALI HAL INI DIBANGKITKAN DAN DIPERKATAKAN PADA SETIAP PERJUMPAAN YANG SAYA HADIRI, TETAPI TIDAK ADA LAGI PERSATUAN YANG BERJAYA DITUBUHKAN HINGGA KINI”
5- JUSTERU ITU BERTITIK TOLAK DARI SUNTIKAN SEMANGAT DARI DATO DAN YANG ARIF TN. TARMIZI MAKA SAYA DAN RAKAN-RAKAN TELAH MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA INI ………………MAKA PADA HARI INI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA JUGA ADALAH BERSAMAAN DENGAN MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN PERSATUAN BEKAS PELAJAR SRC.
6-
MATLAMAT PERSATUAN INI ADALAH UNTUK MENGHIMPUNKAN SEMULA BEKAS-BEKAS PELAJAR BAGI BERKONGSI PENGALAMAN DAN KEHIDUPAN DAN KERJAYA MASING-MASING SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN DI SRC, SERTA MEWUJUDKAN JALINAN YANG ERAT ANTARA AHLI PERSATUAN DENGAN SEKOLAH RAJA CHULAN KHASNYA.
PERSATUAN JUGA INGIN MEWUJUDKAN SATU PENGKALAN DATA ALUMNI SRC YANG LENGKAP DAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN UNTUK MENGESAN BEKAS-BEKAS PELAJAR INI.
UNTUK MAKLUMAN
SEHUBUNGAN DENGAN ITU JUGA DIMINTA PADA SETIAP BEKAS PELAJAR SRC, MOHON UNTUK MENGISI BORANG MAKLUMAT DIRI YANG TELAH DISEDIAKAN DI MEJA PENDAFTARAN BAGI MAKLUMAT YANG TERKINI UNTUK PENGKALAN DATA PERSATUAN NANTI.
7- CUKUP SETAKAT INI DAHULU PENERANGAN RINGKAS MENGENAI PENUBUHAN PERSATUAN PELAJAR SRC YANG SAYA KIRA RAMAI DI ANTARA HADIRIN JUGA BERSEMANGAT SEPERTI SAYA UNTUK MELIHAT PERSATUAN INI BERJAYA, SETANDING DENGAN PERSATUAN-PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH YANG LAIN. INSYAALLAH, DENGAN KERJASAMA DARI RAKAN-RAKAN, SAYA AKAN PASTIKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERSATUAN TERCAPAI DENGAN CEMERLANG.
SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA DATO RAMLY ZAHARI, EN. JAMIL MAT KASA, Y.A TN. TARMIZI ABD RAHMAN, TN. JAMEL ABD RAHMAN YANG TELAH SUDI MEMBAWA BAND KAPAL DIRAJA PELANDUK TLDM DI BAWAH PIMPINAN BINTARA MUDA MD. RIZAL ISMAIL, SERTA UCAPAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA BARISAN AHLI JAWATAN KUASA, RAKAN-RAKAN SENIOR DAN TEMAN-TEMAN YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.
SEKIAN SAHAJA, SAYA SUDAHI DENGAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAFKAN SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN SAYA SEMASA MENGHUBUNGI DAN BERKOMUNIKASI DENGAN RAKAN-RAKAN SAMADA MELALUI SMS ATAUPUN TELEFON.
ASSALAMMUALAIKUM.
0 comments:
Post a Comment