Salam bahagia buat semua,

Berita yang amat menggembirakan buat kita semua ialah Permohonan Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan Ipoh Berhad telah pun mendapat kelulusan bagi peringkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak pada 18 Nov. 2009.

Oleh itu langkah yang perlu kita perbuat ialah membuat satu Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) secepat mungkin kerana tempoh sah kelulusan hanya 3 bulan sahaja berkuatkuasa dari tarikh kelulusan.

Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) ini hendaklah dihadiri oleh sekurang2nya 50 orang oleh bakal anggota.

Justeru itu, mohon mendapat maklumbalas dan tindakan positif dari semua yang mengetahui hal kelulusan koperasi ini, untuk dimaklumkan kepada semua bekas pelajar yang dikenali dan masih belum mendaftar kepada pihak setiausaha dengan kadar segera.

Surat jemputan menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan akan diedarkan kepada semua bakal anggota apabila mendapat tarikh yang sesuai dan mendapat jawapan dari Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak untuk hadir pada waktu itu.

7 comments:

Dr Richard Ng said...

Tahniah buat Aziah dan semua rakan-rakan yang telah bersungguh berusaha bagi memartabatkan SRC.

dugong_darat said...

Well...

Syukur dah ader pun koperasi... Need any help... You can count on me...

Name: Mohamad Shahhanaz Bin Nazarudin

SRC Year 1994-1998...

Ex-SRC Koperasi BOD...

Contact me add email mshahhanaz@yahoo.com.my

shahid said...

Tahniah,

Perlu promote , kempen & publicity bagi menarik lebih ramai XSRC join coop ini.

Saya ketinggalan maklumat.

Admin said...

Shahid,
Alhamdulillah, sekarang koperasi telah di peringkat dapatkan kelulusan di peringkat Suruhanjaya Koperasi K.Lumpur. Jika tiada masalah koperasi akan memulakan projek se awal bulan Mac ini. insyaallah.

shahid, boleh mendapatkan borang ke ahlian di sini nanti saya akan download dan hantar kan kepada saya.

terima kasih.

Anonymous said...

Hi Iam Prabhu from chennai,joined today in this forum... :)

zizy said...

salam.....tahniah atas kejaan tersebut....sy adalah bekas student src dan juga bekas ajk koperasi src...kalau sy na jd ahli kelab ny blh x??

Admin said...

salam ramadhan al mubarak.........maaf lewat reply message. boleh utk menjadi anggota koperasi xsr dan dialu2kan. utk memudahkan saya menjemput utk menghadiri majlis jamuan hari raya bagi warga xsrc yg akan diadakan pada 24 sept 2011 jam 3.00 ptg bertempat di heritage hotel. (akan dimaklumkan jika berubaha tempat). tq